[KEMBALI KE LAMAN UTAMA]

LAMAN UTAMA
SEJARAH 
PENTADBIR
KURIKULUM 
HEM 
KOKURIKULUM 
KETUA BIDANG / PANITIA 
TAQWIM 
KELAB GURU & STAF 
SURAU AN-NUR
SENARAI GURU
 

 
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977. 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah ini merupakan Sekolah Agama Negeri yang dikelolakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor. Ketika itu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang.
Pengasas sekolah ini adalah seorang ulama dari Sumatera, Indonesia bernama Tuan Haji Abdul Hamid bin Daud. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dengan bantuan penduduk tempatan. Bangunan asal sekolah ini terletak di atas sebidang tanah wakaf di Batu 14, Jalan Cheras, Kajang bertentangan dengan Masjid Jamek Kajang.
Pada tahun 1977, hasil dari pengambil-alihan sekolah-sekolah agama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini turut terpilih menjadi SMKA. Ketika diambil-alih para pelajarnya berjumlah 121 dari tingkatan 1 hingga 4. Manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz dan dua orang guru lagi. Pengetuanya yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik Achok.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

   

[KEMBALI KE LAMAN UTAMA]